Pemimpin MPP mesti realisasikan aspirasi mahasiswa

PILIHAN raya kampus datang lagi. Di kala ini pada setiap tahun, mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan memilih calon di kalangan mereka untuk membentuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), yang diharap mampu menjadi penggerak hasrat dan aspirasi mahasiswa kepada pihak universiti. Apa yang diimpikan oleh mahasiswa tidaklah banyak kepada wakil mereka ini. Sekadar memperjuangkan isu kebajikan dalam kampus agar kehidupan mereka ketika menuntut menjadi lebih baik dan sempurna.

Kepada rakan yang dipilih menjadi wakil selama setahun yang sebenarnya mempunyai masa begitu singkat untuk menjadi ‘Yang Berhormat’ (lebih kepada Yang Berkhidmat) apabila perlu membahagikan masa untuk belajar, menyiapkan tugasan, menghadiri program anjuran universiti dan pada masa sama perlu menjadi ‘kuli’ kepada rakan mereka yang lain.

Dalam tempoh sesingkat itu, banyak isu kebajikan yang perlu dibincang dan diselesaikan bersama pihak pentadbiran universiti, walaupun ada sesetengah MPP dilihat meletakkan keutamaan kepada isu luar seperti isu Kartika Sari Dewi yang jelas menghampakan rakan mereka yang lebih layak mendapat pembelaan daripada wakil pelajar ini.

0 comments:

Post a Comment