Kelajuan menyimpan lebih pantas

PENERAJU rumusan sistem storan terkemuka dunia, Seagate memperkenalkan kit prestasi pemacu keras luaran mudah alih BlackAmor PS110 USB 3.0 bagi komputer notebook di Pameran Elektronik Pengguna 2010 di Las Vegas, baru-baru ini.

Kit peralatan berstandard USB 3.0 semua-dalam-satu ini merangkumi pemacu cakera keras 2.5 inci luaran dengan kapasiti 500 Gigabait dan berkelajuan 7200RPM, kabel punca kuasa dan kad ekspress PC untuk kelajuan sebenar.

Dengan kit ini, kelajuan pemindahan data dapat ditingkatkan sehingga tiga kali ganda berbanding standard USB 2.0, sekali gus menjadikannya sebagai antara pemacu cakera keras paling pantas di pasaran.

Standard kelajuan USB 3.0 dikhususkan kepada 4.8Gb sesaat atau peningkatan sehingga 10 kali ganda berbanding USB 2.0.

Walaupun angka ini adalah teori, pemacu mudah alih BlackArmor USB 3.0 Seagate boleh mencapai prestasi 3 kali ganda lebih pantas berbanding dengan USB 2.0 dalam percubaan sebenar.

>Spesifikasi
PRODUK: Seagate BlackAmor PS110 USB 3.0
HARGA: anggaran RM612
STANDARD: USB 3.0
KELAJUAN: 4.8Gb sesaat
KAPASITI: 500GB
RPM: 7200
SAIZ: 2.5 inci

Spesifikasi
PRODUK: Seagate BlackAmor PS110 USB 3.0
HARGA: anggaran RM612
STANDARD: USB 3.0
KELAJUAN: 4.8Gb sesaat
KAPASITI: 500GB
RPM: 7200
SAIZ: 2.5 inci

0 comments:

Post a Comment