Kemahiran penting sebelum kerja

UNIVERSITI perlu memfokuskan latihan praktikal yang kerap untuk menyediakan kemahiran pelajar secukupnya sebelum mereka memasuki industri terutama dalam bidang rangkaian berbanding pengajaran teori semata.

Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Anne Abraham, berkata langkah itu perlu bagi melahirkan pelajar cukup berpengetahuan dan memiliki kemahiran mantap kerana industri tidak mempunyai masa memberi latihan semula.

"Kerjasama antara industri dan universiti wajib diberi perhatian kerana kehendak industri berbeza dengan pengajaran ditunjukkan pensyarah di universiti," katanya.

Menurut beliau, lebih 60,000 graduan ICT yang menganggur kerana tidak memenuhi kehendak industri.

Katanya, Cisco sebagai pemain industri mengurangkan jurang terbabit dengan mengambil inisiatif seperti Akademi Rangkaian Serantau yang disusun bagi mencari bakat terutama dalam bidang rangkaian.

"Malaysia mempunyai prasarana mencukupi terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) namun masih belum memiliki tenaga kerja yang berkemahiran tinggi," kata Abraham selepas mengumumkan pemenang pertandingan NetRiders.

Pertandingan terbabit memerlukan pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan bagi teknologi Cisco Telepresence dan WebEx.

0 comments:

Post a Comment